hakikat hidup

Berseronoklah.. Kejarlh dunia ini seakan-akan tiada lagi kematian, lawanlah fitrahmu itu yang memberontak inginkan kebaikan.. Isilah kotak ruang jiwamu dengan meletakkan manusia sebagai pengisi kekosongan yang kau rasa selama ini.. Ketawalah sepuas-puasnya..

 Engkau temui ketenangan?..
Atau engkau sudah merasai bahawa engkaulah manusia paling bahagia Di dunia ini.. 

Kejam sungguh engkau dengan diri sendiri.. Menghalang cita-cita yang jiwa engkau terlalu ingin mengapainya.. Jerit batinmu, adakah kau hiraukan.. Sengaja kau campak dirimu Di curang derhaka.. Sengaja kau melangkah di dunia palsumu yang engkau kata "syurga duniaku".. 

Hodoh kau kata cantik..
Kejam sungguh engkau membiarkan fitnah dajjal menyelinap masuk..
Baik kau kata jahat..
Kejam lagi dengan frasa membiarkan hidupmu dirobek si durjana dunia yang bakal menarikmu Di disisi mereka menjadikan engkau bahan bakar yang diceritakan Ilahi akan keadaan di alam sana dalam ayatnya..

Teruskanlah usahamu iTu .. 
Tiada paksaan Di dalam agama..
Pilihan di tanganmu.. 
Usah kau salahkan takdir sedangkan tiada usaha dari dirimu sendiri..

Perubahan perlukan pengorbanan..
Berubahlah kerana sedar kdudukan kita sebagai HAMBA..


Tadahan ilmu (Cerita tentang Biah Solehah)


melihat di sekeliling,
tiba-tiba saja hati membisik pilu,
puas dipujuk, tetap sakit terguris..
ku pandang alam, subhanallah tenang..syukur pada Dia yang memberi nikmat tenang..

tapi ..
suasana yang hilang sudah dari kehidupan beragama itu sebenarnya membuat diri sakit..
kerana fitrah manusia inginkan kebaikan

dalam membina siasah diri dan keluarga..
kita cuba membina dan mencipta suasana yang baik di sekeliling, 
itu kerana kita akur sebagai khalifah.

walauu... 
biah solehah kat sekeliling kita xdak..tapi diri tetap cuba..

benar..betul.. 
suasana yang lebih banyak mempengaruhi 
bukan kita yang mengawal..

tapi..
kita boleh fokus pada apa yang mampu dan boleh kita kawal.. kan??
walaupun tak semua yang boleh kita kawal
kalau kita nak salahkan biah xbole sb suasana sgt sukar utk dikawal..
yg penting usaha xhenti..jatuh rebah lumrah, kerana itu sudah sunnatullah..

kalam Murobbi..(U.H)  

b.m

Amanah Allah buatmu..
ar-rijaalu qawwaamuna alan-nisa'


Ada Apa Dengan Kamu?

bukan itu yang aku inginkan,
mudah berkata itu dan ini tapi diri sendiri tidak terjaga.
rapuh berkecai dilempar jauh.
aku menjerit minta difahami,
namun aku tak pandai membela diri.
bukan alasan yang aku cipta,
bukan aku jika bertopeng-topeng menutar kata.

mudahkah jadi diri sendiri,
bila rasakan bertatih dengan bantuan insan.
sampai bila harus begini.

tolong biarkan aku sebentar..sebentar cuma untuk mencari diriku yang hilang..
bukan pentingkan diri..aku cuma hanya insan biasa..tiadalah daya upaya tanpa bantuan dari-NYA

tutur kamu kawan..teman, sahabat..

kenapa jadi lembik begini..??

kerana diri sudah lama terperup sendiri..
sibuk dengan tarbiyah orang lain..lupakah diri sendiri juga memerlukannya..

"KABURO MAKTAN 'INDALLAHI AN TAQULU MALA TAFALUN"
Allah murka terhadap orang yang bicara, tahu hukum tetapi tidak beramal dengannya..

bagaimana dengan diri..?

Amanah Yang Perlu dijaga

Bila Sabar menjadi perkara yang indah bagiku..
Walaupun tak sekerap bercakap mengenai penyambungan pengajian ke luar negara pada 2 orang insan yang sangat ku sayangi kerana Dia.. 
yA..diri ini ingin menjaga hati kedua2nya demi mendapat Redha dan restu ..
dengan tertangguhnya kemasukan pada tahun ini ..mungkin terselitnya seribu hikmah..mungkin..indahnya mengetahui terdapat keindahan terhadap sangka baik pada DIA...indah lagi apabila diri sendiri dapat merasa kemanisan balasan yang dibayar cAsh dengan serta merta..bukan tujuanku ingin menunjuk2 dengan memberitahu bahawa DIA memilihku untuk mendapat ujian ini..(jauh sekali RIAK).. hanya ingin menagih secebis saham untuk akhiratku kelak.. 

Kata Mereka.. "nak pergi jauh2 kalau asyik sakit camner.."
.....Senyum kelat saja diri ini..ku akui badanku ini agak lemah..sering saja sakit2..antibodi ku tak sekuat seperti yang lain ku kira.. ^_^

Dengan buku kecil itu..ku pandang kosong.. Terpampang tulisan semuat2 cover depan..TEMUJANJI ..
berdebar juga hati nak melangkahkan kaki ke ruangan SOPD..Klinik Pembedahan Pesakit Luar..
satu tempat yang mempunyai sejarah pahit mungkin bagi aku..di situ lah tempat d mana aku dibedah oleh dua orang doktor..kalau dingat kembali,,aduh..cuaknya ..

"N.A.B.J.."..terdengar satu suara melaung dari arah pintu bilik ke ruangan pemeriksaan..sepasang mata memandangku..seriusnya.. wajah si dia memandangku..membuatkan diri ini terketar2 sebagaimana hari pertama aku datang ke sini..dengan lafaz Basmallah ku gagahkan diri melangkah memasuki ruangan pemeriksaan..

"Well..kalau awak dah tak rasa apa2 maknanya dah ok la tu.. hasil pemeriksaan kami memang kamu disahkan ada F......,  hari tu kami dah bedah buang benda tu..jadi..lepas ni awak dah tak payah datang cek sini lagi..buku tu awak boleh simpan.." 
< DOKTOR MIDA >

seriously..rasa macam nak cepat2 keluar je dari situ..tak nak jumpa dah dengan perkakas2 Hospital yang membuatkan Nyilunya hati.. dari sebelah tirai terdengar satu suara melaung memangil DR Mida..aku kenal dengan suara itu..  ya..itu dia..DR Fakhrul..
aduh..sebaiknya diri ini cepat2 keluar..segan untuk berjumpa dengan beliau.. cukuplah aku dah berterima kasih padanya ketika di dewan bedah kerana merawatku.. doaku semoga jasa DR Mida dan DR Fakhrul dilimpahi kasih Allah..

berbunga2 indah hati ini mendapat keputusan yang ku kira maju ke depan..aku perlu lebih menjaga nikmat jasad yang Dia berikan ini dengan lebih baik lagi..ubat..walaupun pahit terpaksa ditelan kalau nak cepat baik..rasanya da berbotol2 ubat ku telan..tak terkira agaknya.. tapi kali ni aku dah tak ambik mana2 ubat .. kalau ada pun cuma untuk makanan tambahan dan menjaga diet pemakanan..maklum lah zaman sekarang macam2 makanan kita sumbat..asal sedap je mesti masuk perut punye.. tak kira dah bagus ke tak bagus untuk kesihatan..

menjaga kesihatan itu sudah semestinya kerana jasad kita ini hanyalah pinjaman semata-mata, nak jadi muslim yang terbaik perlu miliki tubuh badan yang sihat..tu dia salah satu daripada 10 Muwasafat Tarbiyah.



Aku merancang..Dia juga merancang...tapi ku yakin rancanganNya lagi baik untukku..





Xde Tajuk.

tak semua yang kita fikirkan dapat diabadikan di atas sekeping kertas (blog, twit ,fb and etc).
bicara tentang bakat, semua orang ada bakat ..seni Of Thoughts
berbicara tanpa isi ataupun sesuatu yang dibicarakan itu tidak difahami orang..boleh jadi orang salah faham dengan apa yang disampaikan, bahaya juga ya.. jadi fikir, faham ..baru cakap..


Just Wonder !!

untuk menjadi baik dalam baitul muslim bukan dilihat melalui status tetapi perlu dilihat kepada setakat mana kemahuan untuk dibimbing dan ditarbiah dengan agama Allah .. 

bila jari-jemari gatal nak type pasai baitul muslim..MOOD.. musim makang gulai kawoh..

mabruk sepupuku..


K.I.T.A.H.A.N.Y.A.M.E.R.A.N.C.A.N.G.A.L.L.A.H.J.U.A.Y.A.N.G.M.E.N.E.N.T.U.K.A.N.

Bila Hati mula berbicara



Pagi Jumaat 10 Mei 2013  yang penuh barakah..
diizinkan Ilahi untuk melihat AlamNya 
bukan sekadar melihat dengan renungan mata tetapi dengan hati..
lalu otak ini ligat memikirkan sesuatu..
sesuatu yang bukan jangkaanku selama ini.
Bila Dia inginkan kebaikan ke atas seseorang ..
Dia akan mencampakkan sesuatu rasa..
rasa yang tak dapat kita gambarkan ..
aduh..
gimana mau crite ye..
di sepanjang deretan jalan raya kecil itu..
diteduhi dengan kehijauan alam ciptaan Ilahi..
sekali pandang, damainya hati.. 


sungguh tak dapat ku nafikan jalan raya ke besut dan jertih tak pupus alamnya dari kehidupan moden..
tiada pembangunan yang melampau
yang boleh mencemarkan alam..

Bila hati mula berbicara..
Bila tumbuhan pun tahu hukum alam..
"bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian hari", 
bila nak keluarkan hasil tumbuhan, Allah dtgkan dulu ribut petir dan hujan lebat.. 


Betul la kan..Dia tak ciptakan sesuatu melainkan terdapat kebaikan melaluinya, even bende sekecik zarah pun..semut, kuman etc..

Kita sekarang camne ye?..
hidup susah sikit je dah rasa berat gilew..macam kita sorang je dpt ujian yg berat tahap gaban da tu..
pernah tak kita cakap ALHAMDULILLAH  atas nikmat ujian yg Allah bagi..

UJIAN susah2 tu kau panggil NIKMAT???,,
nikmat pemendenye..
(MENTALITI org zmn skrg, depa egt NIKMAT tu bila senang-senang, bahagia ceria je hidup)..

lupakah kita UJIAN itu juga sebahagian daripada nikmat..

ingatlah..kalau alam pun tahu hukum dunia ni..
KITA??.
lagilah kena tahu dan paham . 
xde alasan untuk kita tak tahu and tak ambik tahu sb ALLAH da bagi keistimewaan pd kita iaitu AQAL untuk berfikir..

bermusafirlah demi mencari REDHA Ilahi..


YA ALLAH YA RAHIM














As I wish..

Words are not enough to convey my feelings at a time like this..
but just want to say .. "I Love YOU"..
strange coz we never meet before..but when Allah says..
"KUN FA YA KUN.." xde ape yg mampu halang..rite?..


Who cares when someone says "layakkah kita cakap kita rindu dia sedangkan sunnah dia pun xikot.."..
Ade yg tahu ke yg esok dia kan stay behind S.A.W.... no one know..as long as u follow the sunnah ..and know our niat.. just go on..buat pe nak hirau cakap orang..
I don't know if I should be ashamed of myself to say this..
"I love u ya Habibullah.."..

am crying while typing this..(dlm hati)..

and ..
bila tengok gambar ni hati terasa sayu..

I really hope that you will grant me your syafaat even though I'm not a very good Muslim

As I wish..





YA RABB..


Ya Allah dengan Al-Qur'an
Kurniakanlah kasih sayang-Mu kepadaku,
Jadikanlah Al-Qur'an sebagai imam, cahaya, hidayah dan rahmat bagiku
Ya Allah, ingatkanlah aku bila ada ayat yang aku lupa mengingatinya.
Ajarkanlah kepadaku ayat yang aku jahil memahaminya.
Kurniakanlah aku kenikmatan membacanya,
sepanjang waktu baik tengah malam atau waktu siang.
Jadikan Al-Quran sebagai hujjah untukku Ya Robbal 'Aalamiin..

Ya Allah, perbaikilah agamaku, kerana ia kendali segala urusan
dan perbaikilah duniaku yang merupakan tempat menjalani kehidupanku
Dan perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku.
Dan jadikan hidupku untuk menambah segala kebaikan
Dan jadikan matiku sebagai akhir dari segala keburukan,

YA ALLAh..baikkanlah penghujung umurku, jadikanlah amal terbaik hamba di penghujung hidup hamba..Jadikanlah hari-hari terbaikku saat bertemu dengan-Mu.

YA ALLAH.. aku memohon kepada-Mu kehidupan yang bahagia.
kematian yang baik dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan terhindar dari segala bahaya.

YA ALLAH..aku memohon kepada-Mu permintaan terbaik, doa terbaik, najjah terbaik, ilmu terbaik, amal terbaik, pahala terbaik, kehidupan terbaik, kematian terbaik.
Kuatkanlah dan beratkanlah timbangan kebaikanku, realisasikan keimananku.
Tinggikan darjatku, terimalah salatku dan ampunilah segala dosa-dosaku
Dan aku memohon syurga yang Tertinggi,

YA ALLAH..aku memohon kurnia yang wajib Engkau berikan,ampunan yang harus Engkau Kurniakan,
keselamatan dari segala dosa, ghanimah dari segala kebajikan, dan kemenangan mendapat Syurga
serta keselamatn dari APi Neraka

YA ALLAH..kurniakan kebaikan bagi kami dalam segala urusan.
berikan pahala kepada kami dari segenap luka dunia dan siksa akhirat.

YA ALLAH..anugerahkan untuk kami rasa takut kepada-Mu.
yang membatasi antara kami dengan perbuatan maksiat kepada-Mu
dan anugerahkan ketaatan kepada-Mu yang akan menyampaikan kami ke Syurga-Mu
anugerahkan keyakinan yang akan menyebabkan ringannya bagi kami segala musibah di dunia ini

YA ALLAH..anugerahkan kenikmatan kepada kami melalui pendengaran, penglihatan dan dalam kekuatan kami selama kami masih hidup dan jadikanlah ia warisan dari kami
dan jadikanlah balasan kami atas orang-orang yang menganiaya kami,
dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami, dan janganlah Engkau jadikan musibah kami ada dalam urusan agama kami, janganlah Engkau jadikan dunia ini cita-cita kami terbesar dan puncak ilmu kami, janganlah Engkau jadikan berkuasa atas kami, orang-orang yang tidak mengasihi kami,

YA ALLAH, jangan pernah Engkau tinggalkan kami, ampunilah kami.
tidak ada kegalauan kecuali Engkau berikan jalan keluar.
tidak ada hutang kecuali Engkau penuhi dan tidak ada satu kebutuhan dunia dan akhirat kecuali Engkau penuhi, YA ARHAMAR ROoHIMIIN ..
WAHAI TUHAN KAMI..berikanlah kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat,
serta jauhkanlah kami dari azab siksa api neraka.

SOLLU ALA NABIY..

aku dan kalian..

Assalamualaikum..

"Hidayah itu milik Allah.."
terdetik seungkap ayat ini di atmaku..salah satu perkara yang mengembirakan aku bila ramai kenalan ku mula berhijrah..
lama2 ada sorang..alhamdulillah, walaupun mengambil masa yang lama tapi xpa la..akhirnya ada juga jalannya..
kalau dulu aku nak pahamkan depa susah sangat, nangis tu da jadi benda biasa ..huhu.. sakit hati bila ada yang sindir, dan mengata "alim kucing"..lor..tapi alhamdulillah xde pun rasa sakit sampai dendam..betul la Allah tu bersama dengan sangkaan makhluknya..aku mintak jauh dari penyakit hati..depa semua saudara aku, saudara seISLAM..inshaa Allah..
nak berdakwah ni xde jalan senang pun...klo depa susah nak paham..Why Not kita ringankan menadah tangan mintak kat Allah permudahkan jalan kita untuk menyeru mereka..jangan duk cakap "ala, aku ni pun tak betul lagi, apatah lagi nak ajak orang buat baik"..
kalau nak tunggu diri ni Perfect entah bila ..tugas berdakwah bukan hanya untuk ustaz or ustazah ye..
Bila mana seseorang tu mengaku dia Islam. da jadi tugas untuk dia Sebarkan Islam..betul dak??..

Awak jangan biar saya berpaling dari jalan ni..bukan senang saya nak cari jalan ni..dah banyak kali saya jatuh, sakit..biar kita sama-sama berpimpin tangan melangkah ke setiap liku jalan ini..kalau saya tak nampak jalan, mungkin awak nampak..dan kalau awak juga tak nampak, mungkin kawan-kawan yang lain nampak..dan seterusnya... moga kita semua (berjemaah) mendapat syafaat di sana nanti..

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh"..As-Saff; 61:4




#Nana2013#

Demi sebuah Cita & Cinta


"Muslimah gagah pada jiwa yang tabah"..ungkapan ini bisa meleburkan jiwa yang gusar, menghembus kasturi semerbak, menghilangkan racun pada jiwa yang gersang dan tandus, 
antara cita-cita dan cinta, haruskah aku membuat pilihan..sedangkan diri ingin memaut kedua-duanya.

Dalam cita-cita itu terselitnya prinsip pejuang agama, tanpa cita-cita itu, takkan bisa aku berdiri tegak, kerna ada ilmu disebalik cita-cita itu, ..cita-cita..aku perlukan..namun tak bisa juga aku tinggalkan cinta..cinta IBU DAN AYAH..
pesan pada hati, jadilah muslimat yang tegar dan tabah menghadapi mehnah dunia..pelihara ubudiyah, humaira' dan wara'..di situ akan kau temui jalannya..

IBU: istikharah la dulu, bukannya ibu tak bagi sambung belajar, tapi tengoklah kesihatan abah xmenentu..nanti duk jauh2 kalau berlaku apa2 susah nak balik..

apalah sangat dengan mata ini berkaca kalau nak dibandingkan pengorbanan Ma dan Abah selama 20 tahun membesarkan aku ..


terus berlari..


#Nana2012#