Amanah Yang Perlu dijaga

Bila Sabar menjadi perkara yang indah bagiku..
Walaupun tak sekerap bercakap mengenai penyambungan pengajian ke luar negara pada 2 orang insan yang sangat ku sayangi kerana Dia.. 
yA..diri ini ingin menjaga hati kedua2nya demi mendapat Redha dan restu ..
dengan tertangguhnya kemasukan pada tahun ini ..mungkin terselitnya seribu hikmah..mungkin..indahnya mengetahui terdapat keindahan terhadap sangka baik pada DIA...indah lagi apabila diri sendiri dapat merasa kemanisan balasan yang dibayar cAsh dengan serta merta..bukan tujuanku ingin menunjuk2 dengan memberitahu bahawa DIA memilihku untuk mendapat ujian ini..(jauh sekali RIAK).. hanya ingin menagih secebis saham untuk akhiratku kelak.. 

Kata Mereka.. "nak pergi jauh2 kalau asyik sakit camner.."
.....Senyum kelat saja diri ini..ku akui badanku ini agak lemah..sering saja sakit2..antibodi ku tak sekuat seperti yang lain ku kira.. ^_^

Dengan buku kecil itu..ku pandang kosong.. Terpampang tulisan semuat2 cover depan..TEMUJANJI ..
berdebar juga hati nak melangkahkan kaki ke ruangan SOPD..Klinik Pembedahan Pesakit Luar..
satu tempat yang mempunyai sejarah pahit mungkin bagi aku..di situ lah tempat d mana aku dibedah oleh dua orang doktor..kalau dingat kembali,,aduh..cuaknya ..

"N.A.B.J.."..terdengar satu suara melaung dari arah pintu bilik ke ruangan pemeriksaan..sepasang mata memandangku..seriusnya.. wajah si dia memandangku..membuatkan diri ini terketar2 sebagaimana hari pertama aku datang ke sini..dengan lafaz Basmallah ku gagahkan diri melangkah memasuki ruangan pemeriksaan..

"Well..kalau awak dah tak rasa apa2 maknanya dah ok la tu.. hasil pemeriksaan kami memang kamu disahkan ada F......,  hari tu kami dah bedah buang benda tu..jadi..lepas ni awak dah tak payah datang cek sini lagi..buku tu awak boleh simpan.." 
< DOKTOR MIDA >

seriously..rasa macam nak cepat2 keluar je dari situ..tak nak jumpa dah dengan perkakas2 Hospital yang membuatkan Nyilunya hati.. dari sebelah tirai terdengar satu suara melaung memangil DR Mida..aku kenal dengan suara itu..  ya..itu dia..DR Fakhrul..
aduh..sebaiknya diri ini cepat2 keluar..segan untuk berjumpa dengan beliau.. cukuplah aku dah berterima kasih padanya ketika di dewan bedah kerana merawatku.. doaku semoga jasa DR Mida dan DR Fakhrul dilimpahi kasih Allah..

berbunga2 indah hati ini mendapat keputusan yang ku kira maju ke depan..aku perlu lebih menjaga nikmat jasad yang Dia berikan ini dengan lebih baik lagi..ubat..walaupun pahit terpaksa ditelan kalau nak cepat baik..rasanya da berbotol2 ubat ku telan..tak terkira agaknya.. tapi kali ni aku dah tak ambik mana2 ubat .. kalau ada pun cuma untuk makanan tambahan dan menjaga diet pemakanan..maklum lah zaman sekarang macam2 makanan kita sumbat..asal sedap je mesti masuk perut punye.. tak kira dah bagus ke tak bagus untuk kesihatan..

menjaga kesihatan itu sudah semestinya kerana jasad kita ini hanyalah pinjaman semata-mata, nak jadi muslim yang terbaik perlu miliki tubuh badan yang sihat..tu dia salah satu daripada 10 Muwasafat Tarbiyah.



Aku merancang..Dia juga merancang...tapi ku yakin rancanganNya lagi baik untukku..





No comments:

Post a Comment