Dititipkan amanah oleh Ilahi untuk memegang satu tanggugjawab yang agak besar dalam agama.
"WANITA"
cukup berharga pada Islam, walau pada dirinya terdapat keindahan yang boleh mengoyahkan dan mempersonakan sang rijal,
wanita itu dianggap hiasan duniawi,
namun tangannya boleh menggoyahkan dunia dengan lahirnya para pejuang Islam,
dengan tangan itu juga terterapnya nilai luhur peribadi bagi insan yang bergelar 'Ibu"..
membalas pihak musuh dengan menghulurkan kasih sayang sejati pada insan,
menguatkan sayap perjuangan dengan paluan kalimah "Jihad Fi Sabilillah"..
Seperti yang diketahui , Allah meletakkan kaum wanita dikedudukan yang tinggi, tak hairanlah baginda Rasulullah s.a.w juga turut akuinya ..
sabdanya "Syurga itu di bawah telapak kaki ibu" ~riwayat an-Nasai'i
Islam amat menghormati kaum wanita tanpa kira hubungan dan pertalian. Kalau disingkapkan kembali sirah, sejumlah besar nama srikandi Islam tercatat di lembaran sejarah yang begitu banyak berjasa kepada kaum muslimin dan sesama manusia.
HAWA, ASIAH, PERMAISURI SABA', MARYAM, KHADIJAH, AISYAH, AINUL MARDHIAH, HALIMAH AL-SAADIYYAH, ZAINAB, RUQAYYAH, KHAULAH, FATIMAH, ASMA' Dan ramai lagi..
dengan izinNYA, dikaulah yang menjadi ketua bidadari kelak..
terasa sebak dikala menaip satu persatu nama srikandi Islam ini, hebatnya lembaran sejarah yang terlakar pada srikandi 2 ini.
Ingin saja aku menjadi sebahagian daripada mereka meneruskan perjuangan mereka bersama2 menjaga kesucian agama Allah SWT. Buat yang bergelar WANITA, hayatilah sirah mereka, akan kau temui kekuatan yang luar biasa.
Aku tertanya2 kenapa kisah mereka ini dirakamkan di dalam AL-Quran secara khusus??..
jawapannya tidak lain kerana sememangnya wanita yang beriman adalah sebahagian daripada umat Islam keseluruhannya, apa yang menarik hatiku lagi, wanita adalah CENTRE dan hati kaum muslimin, jika mereka baik, maka akan baiklah kaum muslimin, jika mereka seleweng, maka akan sesatlah kaum muslimin.
kenyataan ini disedari oleh pihak musuh yang dengki terhadap Islam dan kaum muslimin, mereka ingin hapuskan JIHAD di hati kaum muslimin melalui wanita. dakyah mereka juga lebih fokus kepada kaum wanita..jadi menyedari bahaya ini..
maka jagalah dirimu dan imanmu sepertimana kamu menjaga nyawa dan jasadmu sendiri demi ISLAM
(khas buat diri yang masih mentah)
